Aplikasi e-Maklumat Asas Sekolah (e-MAS)


FUNGSI KAMI :
"Mengurus, membekal dan menyelenggara segala infrastruktur dan latihan tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh sekolah di negeri Kelantan"

Visi :
"Meneraju Transformasi Generasi Bestari Melalui Teknologi Pendidikan"

Misi :
"Pembangunan Kapasiti dan Peningkatan Kualiti Pengurusan Instruksional ​Menerusi Pembudayaan Inovasi Teknologi Pendidikan"

Fungsi :

  1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan modul-modul latihan ICT untuk pembestarian pendidikan.
  2. Memantau pelaksanaan penggunaan semua sistem aplikasi yang dibekalkan ke sekolah.
  3. Menyelaras penyediaan perkhidmatan sokongan teknikal ICT dalam program pembestarian pendidikan.
  4. Merancang urusan perolehan, penggantian, naik taraf dan penyenggaraan infrastruktur ICT di BTPN dan PKG.
  5. Membantu BTP menyedia perancangan untuk perolehan dan peningkatan infrastruktur ICT di sekolah.
  6. Menyelaras pengumpulan, verifikasi dan analisis data maklumat ICT BTPN, PKG dan sekolah.
  7. Memantau pengemaskinian laman web BTPN dan PKG.
  8. Menyelaras peningkatan ilmu berkaitan pengurusan ICT.
  9. Melaksana tugas yang diarahkan oleh Ketua Penolong Pengarah dari semasa ke semasa.