Makluman Semakan Prosedur Operasi Pengurusan Perkhidmatan Pelan Data Guru

YBhg Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan

MAKLUMAN SEMAKAN PROSEDUR OPERASI PENGURUSAN PERKHIDMATAN PELAN DATA GURU

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahagian ini bersama-sama pihak YTL Communications Sdn. Bhd. telah membuat semakan dan memantapkan prosedur operasi pengurusan perkhidmatan Pelan Data Guru termasuk yang melibatkan peranti YES Altitude rosak.

3. Prosedur operasi tersebut telah berkuatkuasa bermula 20 Februari 2018 dan membatalkan kesemua prosedur operasi yang berkaitan sebelumnya. Dokumen prosedur operasi tersebut dan borang-borang yang berkaitan  boleh didapati dan dimuat turun melalui portal kami di pautan berikut :

http://btp.moe.gov.my/1bestarinet

4. Untuk makluman YBhg. Dato’/datin/Dr/tuan/puan, prosedur operasi tersebut telah melalui beberapa siri semakan dan pemurnian serta mengambil kira keputusan Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemandu 1Bestarinet Fasa 2 bil. 4/2017 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Azmi bin Lateh, mantan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran) berhubung cadangan pengurusan peranti YES Altitude yang dilaporkan oleh guru seperti berikut :

Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemandu Perkhidmatan 1Bestarinet Fasa 2 (No. Kontrak: KPM/41/2016/06/0001), Kementerian Pendidikan Malaysia – Bil. 4/2017: BERSETUJU dengan MENOLAK cadangan sebut harga bagi peranti Altitude yang dilaporkan rosak oleh guru Projek 1BestariNet Fasa 2 dan mengesorkan agar pengurusan peranti Altitude yang rosak diserahkan kepada PPD.

5. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya perkara ini dapat dipanjangjan kepada pihak/institusi/sekolah di bawah pengawasan YBhg. Dato’/Datin/Dr/tuan/puan.

6. Untuk maklumat lanjut, YBhg. Dato’/Datin/Dr/tuan/puan dimohon menghubungi Encik Shazril Helmi bin Samsudin atau Puan Horhayati binti Mohd Bakri (03-20817780 / projek1bestarinet@moe.gov.my) atau wakil YTLC, Cik Hanim binti Aziz (016-2214579 / hanim.aziz@ytlcomms.my). Di atas kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Datin/Dr/tuan/puan berkaitan perkara ini, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

“SEHATI, SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

t/t
(ZAIDI BIN YAZID)

Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

PELAN DATA GURU
NAMA FAIL
LAMPIRAN
PANDUAN AMALAN PENDIDIKAN DENGAN
TELEFON PINTAR ALTITUDE
ALIRAN PROSES PELAN DATA GURU
BORANG MAKLUMAT GURU DAN CADANGAN SASARAN TARIKH PENGHANTARAN (bmgst_v1) – UNTUK KEGUNAAN JPN
PERAKUAN PERBEKALAN PERKHIDMATAN PELAN DATA GURU (bppp_v1) & BORANG MAKLUMAT GURU (bmg_v1) – UNTUK KEGUNAAN PPD
  
BORANG SERVICE ORDER [RMA – RETURN MERCHANDISE AUTHORIZATION] (bsopr_v1) – UNTUK KEGUNAAN JPN
BORANG SERVICE ORDER PERMOHONAN BAHARU (bsopdgb_v.1.0) – UNTUK KEGUNAAN JPN
BORANG SERVICE ORDER PENAMATAN PERKHIDMATAN PELAN DATA (bsopdg_v1) – UNTUK KEGUNAAN JPN
BORANG PERMOHONAN BAHARU (bppdgb_v2) – UNTUK KEGUNAAN GURU
BORANG PENAMATAN PERKHIDMATAN PELAN DATA (bp_v2) – UNTUK KEGUNAAN GURU
BORANG MAKLUMAT GURU BERPINDAH (bmgb_v2) – UNTUK KEGUNAAN GURU
GARIS PANDUAN SEMAKAN PERANTI
Tarikh Akhir Dikemaskini : 2018-03-11 12:51:34

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *