PENCALONAN ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH TAHUN 2018 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KELANTAN

Assalamualaikum w.b.t

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah Pembestarian Sekolah tahun 2018, sebanyak 26 anugerah telah dicalonkan bagi kategori sekolah menengah dan sekolah rendah peringkat negeri Kelantan.

3. Sehubungan itu, pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan amat mengalu-alukan sekolah-sekolah negeri Kelantan agar dapat mencalonkan sekolah masing-masing mengikut kategori yang telah ditetapkan.  Pencalonan boleh diajukan kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) kelompok masing-masing.

4. Untuk makluman pihak tuan, tarikh tutup pencalonan adalah selewat-lewatnya pada 30 April 2018.

5. Komitmen dan sokongan  tuan ke arah meningkatkan tahap pembestarian sekolah bagi negeri Kelantan amatlah dihargai dan jutaan terima kasih diucapkan.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Nur Hidayah binti Alawi
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pembangunan Kapasiti Profesionalisme (UPKP)
Bahagian: Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia
No. Tel. pejabat : 09-7714900

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *